Sunday, 31 March 2013

kesan merokok

assalamualakum salam sejahtera.. pada kali ni sy nak kongsi sedikit mengenai kesan tabiat merokok.
masalah rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat di dunia sejak dahulu kala lagi. merokok membahayakan kesihatan. Ramai yang menyedari akan kesan merokok tetapi masih ramai yang mengamalkannya. Tidak kira lelaki mahupun golongan wanita.

Berikut merupakan kesan merokok :

1) Boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Hal ini disebabkan oleh pembebasan asap rokok yang mempunyai karbon monoksida dimana ianya selalu dibebaskan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan perjalanan oksigen ke organ badan dimana ia boleh menjadi terencat dan membawa maut sekiranya paras karbon monoksida melebihi 60%  di dalam badan.

2) Penyakit di bahagian esofagus, pankreas dan perut.
Asap rokok yang dihidu oleh orang sekeliling juga berbahaya kerana ia boleh memasuki ke bahagian mulut, esofagus dan seterusnya ke bahagian paru-paru. Kandungan asap rokok boleh menyebabkan tisu di kawasan sepanjang laluan ke paru-paru menjadi rosak. Ia juga menyebabkan pundi udara dalam paru-paru rosak dan menyebabkan penyakit emfisima.

3) Penyebab kelahiran bayi pramatang.
Kesan asap rokok kepada ibu mengandung boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan menjadi pramatang dimana kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan lain-lain. Kesan terhadap ibu yang mengandung pula adalah mudah untuk mendapat kanser, kurang kesuburan dan putus haid awal. Kesan kepada anak yang masih kecil pula ialah mudah untuk mendapat lelah, jangkitan paru-paru dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

4) Pembaziran wang.
Harga rokok yang semakin mahal dan seseorang perokok itu sanggup untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai yang baik. Jadi ini menyebabkan pembaziran. Sebagai contoh pelajar yang merokok menggunakan wang yang diberikan oleh ibubapa untuk membeli rokok dan bukan untuk membeli makanan mahupun buku untuk keperluan pelajar.

 Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok.

 Kesan-kesan asap rokok dan kesan menghisap rokok.

 Kesan asap rokok terhadap kelahiran bayi menyebabkan kelahiran bayi yang pramatang.


Jadi untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat janganlah kita menghisap rokok dan jangan jadikan ia sebagai satu tabiaat. KATAKAN TAK NAK!

Sampai disini sahaja info mengenai rokok daripada saya. assalamualaikum



DUNIA UMPAMA NERAKA, HIDUP IBARAT LAYANG-LAYANG= DUNHILL .

Wednesday, 27 March 2013

1st time jumpe padi

hye. assalamualaikum. kali ni nk kongsi cerite siket. beberapa mgu yg lepas ak balik kg kakak ipar aku kat sungai besar selangor. waw memg osem la kg dia. x sangke ada padi. 1st time tu jumpa padi. seumur hidup aku ni... ak x pernah lg jumpe padi. maklum lah ak ni duk kat bandar. mana la ad jumpe padi ni. kg pun ak x ad. waaa. untung lah kepada sesiapa yang ad kampung tu. so ak sangat teruja bila jumpa kampung, lagi2 bila kg tu ad padi, sungai yang jernih, waahhhh best sgt.


 kagum dapat jumpe sawah padi.. hehehe



 ni mase padi dah dituai.. :)




 tibe2 terjumpe itik kat parit. wahh lama x jumpe itik. haha




 ist time jumpe bende alah ni.haha kat bandar mana nk jumpe kn.


smile :)

sebenarnye aku suke sgt suasana kg sebb kt kg tenang, x ad pencemaran,. tidak seperti kehidupan di kota yang penuh dengan pencemaran dan kesesakan.
so... hopefully nnt dpt cari calon isteri yg ada kampung. haha
okey lah. cukup sampai disini dulu. nnt cerita lagi.salam.

Monday, 25 March 2013

ekspedisi lenggong perak

salam... kali ni ak nk kongsi sikit pengalaman degn cerita ak mase program ekspedisi kat lenggong perak. 1st mase bertolak dari ukm.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami smpai kt lenggong malam.mase tu jam 11. lepas sampai je kteorg cari tempat nak dirikan khemah. memg letih la bru smpai je dh nk kne pasang khemah. nak buat macam mana. lau x pasang nnt nak tido mna plk kn. haha.. 




keesokan hari kami ada aktiviti berakit. perghhhh memg best laa.. actually rakit tu kteorg kne buat sendiri drpd buloh dgn pelampung yg besar tu. memg puas hati la sebb dapat belajar mcm mna nak buat rakit.hehe





aktiviti seterusnya flying fox. waw. 



aktiviti seterusnya kembara gua.. ni lagi mencabar. tp best sgt!! 



                                           mase ni kat depan gua! hehe



                                          bergambar dengan semua peserta, mase ni nak balik dah! 


alhamdulillah semua beralan lancar. kalau ada rezeki tahun depan kami buat lagi program mcm ni utk mahasiswa ukm khususnya.

jadi setakat ni dulu perkongsian cerita. jangna jeles ok! assalamualaikum. :)




Wednesday, 20 March 2013

spm result

kali ni ak bkn nak cerita pasal result spm ak.. tp memandangkan hari ni result spm kua....jadi ak nak ucapkan selamat maju jaya kpd semua adik2 yang menduduki spm. kepada yang dapat keputusan yang cemerlang tshniah ak ucapkan. kpd yg kurang berjaya sila cuba lagi. perjalanan masih jauh... beribu batu lagi perjalanan hidup ni. apa pun apa yang pentng adalah hati. *JUJURIKHLASCERIA*.

Wednesday, 6 March 2013

tip2 untuk berjimat

hyeeeeee!!! kali ni aku nk kongsi sikit dgn korang tetang cara2 untuk berjimat. mesti korang rasa pelik kan ??? hahah sebelom tu aku nk tanye sikit... pernah x tapak kasut korang tercabut masa tgh jalan2 kat mall,??? pernah tak zip seluar terkoyak?? pernah x kepada wanita tali beg korang terputus??? dan yang terakhir kpd wanita2.. pernah x tumit kasut PATAH (baru beli minggu lepas kot!) ??? HAHAHAHAHA 

jadi antara solusi untuk korang berjimat adalah :

1) TAPAK KASUT TERCABUT
 mesti bila tapak kasut tercabut, yang pertama bermain di fikiran korang adalah kat mana nak cari tukang kasut.. kan ?? haha sedar atau tidak memperbaiki tapak kasut yang tercabut tak mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Apa yang diperlukan adalah gam kasut, jarum dan benang yang kuat. jika tapak kasut yang tercabut tu besar, jahit saja dengan menggunakan jarun dan benang yang taguh. jika tapak kasut yang tercabut tu kecil saja, sapukan gam kasut yang bewarna coklat bagi tak nampak mcm gam. mudah bukan ?? 

2)ZIP KOYAK
Biasanya zip terkoyak merujuk kepada zip yang tersekat mahupun zip yang dah tak berfungsi dengan baik. Zip yang telah rosak memang sukar untu diperbaiki melainkan digantikan dengan zip yang baru. menjahit zip biasa ada banyak jenis antaranya zip jenis sorok. tetapi jika menjahit zip biasa korang hanyajahit pada bahagian tepi zip supaya zip boleh melekat antara satu sama lain. :) 

3) TALI BEG TANGAN PUTUS
tak ada salahnya menjahit tali beg yang dah putus tetapi untuk tahan lama, apa kata ubah penampilan beg    menjadi lebih STAIL. hehe .. jadi gantikan tali dengan skarf atau selendang berwarna -warni. untuk kelihatan lebih menarik tampalkan aksesori2 seperti rantai,pin dan butang dipenghujung skarf. untuk tahan lebih lama ambil dua jenis skarf atau selendang yang telah dililit antara satu sama lain dan diikat pada gegelung beg. :)

4)TUMIT KASUT PATAH
kepada wanita2 yang tumit kasutnya dah patah jangan terus buang kasut tersebutkerna ia masih boleh digunakan untuk kasut yang bertapak rata. bunyinya mungkin pelik tapi ia untuk penjimatan. jika korang dapati sebelah kasut bertumit telah patah ia tidak mungkin boleh dipasang semula kecuali korang yakin berjalan tanpa jatuh lagi. cara untuk menutup berjimat mudah saja. patahkan pula sebelah kasut untuk menjadikan kedua-dua nya tapak yang rata. Asahlah lama2 sampai rata... lama kelamaan mesti selesa. hehe   

ok laa,,sampai sini saja dlu. jmpe lgi! bye!

Friday, 1 March 2013

promote program

assalamualaikum, salam sejahtera, salam perdana dan salam satu malaysia. kali ni aku nak share sikit program yang aku dah join selama ak berada di UKM ni. Tapi tak lah aku nak cerita detail sangat.hehe
program yang pertama ak join adalah BAKTI SISWA KAJAI (BASISKA). program ni dijalankan pada cuti sem yang lepas. memang  tak terasa kenikmatan bercuti langsung bagi ak. tapi tak apa lah. yang penting aku dapat pengalaman. tu yang penting.

 program yang aku sertai adalah Program PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA). Program ni baru je minggu lepas belalu. sangat seronok. tapi aku tak akan cerita secara detail la kat sini sebab tujuan aku post blog ni pon untuk promote program aku yang ketiga iaitu EKSPEDISI KEMBARA NUR LEMBAH LENGGONG. Program ni bertemakan sukan lasak dimana banyak aktiviti lasak yang akan dijalankan antaranya BERAKIT, FLYINGFOX, KEMBARA GUA dan macam-macam lagi. seronok sanagat. Rugi kalau tak join. kepada rakan-rakan yang berminat sila hubungi saya oke!
ok lah setakat disini saja saya mempromosikan program saya. bye.. :)

sebarang info mengenai program ketiga saya sila tengok gambar dibawah ok :)