masalah rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat di dunia sejak dahulu kala lagi. merokok membahayakan kesihatan. Ramai yang menyedari akan kesan merokok tetapi masih ramai yang mengamalkannya. Tidak kira lelaki mahupun golongan wanita.
Berikut merupakan kesan merokok :
1) Boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Hal ini disebabkan oleh pembebasan asap rokok yang mempunyai karbon monoksida dimana ianya selalu dibebaskan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan perjalanan oksigen ke organ badan dimana ia boleh menjadi terencat dan membawa maut sekiranya paras karbon monoksida melebihi 60% di dalam badan.
2) Penyakit di bahagian esofagus, pankreas dan perut.
Asap rokok yang dihidu oleh orang sekeliling juga berbahaya kerana ia boleh memasuki ke bahagian mulut, esofagus dan seterusnya ke bahagian paru-paru. Kandungan asap rokok boleh menyebabkan tisu di kawasan sepanjang laluan ke paru-paru menjadi rosak. Ia juga menyebabkan pundi udara dalam paru-paru rosak dan menyebabkan penyakit emfisima.
3) Penyebab kelahiran bayi pramatang.
Kesan asap rokok kepada ibu mengandung boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan menjadi pramatang dimana kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan lain-lain. Kesan terhadap ibu yang mengandung pula adalah mudah untuk mendapat kanser, kurang kesuburan dan putus haid awal. Kesan kepada anak yang masih kecil pula ialah mudah untuk mendapat lelah, jangkitan paru-paru dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.
4) Pembaziran wang.
Harga rokok yang semakin mahal dan seseorang perokok itu sanggup untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai yang baik. Jadi ini menyebabkan pembaziran. Sebagai contoh pelajar yang merokok menggunakan wang yang diberikan oleh ibubapa untuk membeli rokok dan bukan untuk membeli makanan mahupun buku untuk keperluan pelajar.
Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok.
Kesan-kesan asap rokok dan kesan menghisap rokok.
Kesan asap rokok terhadap kelahiran bayi menyebabkan kelahiran bayi yang pramatang.
Jadi untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat janganlah kita menghisap rokok dan jangan jadikan ia sebagai satu tabiaat. KATAKAN TAK NAK!
Sampai disini sahaja info mengenai rokok daripada saya. assalamualaikum
DUNIA UMPAMA NERAKA, HIDUP IBARAT LAYANG-LAYANG= DUNHILL .
No comments:
Post a Comment