ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA. Pada kali ni ak nak kongsi sedikit dengan korang tentang antibiotik. Antibiotik adalah bahan yang dihasilkan dripada bakteria, kulat dan seangkatan dengannya yang bertindak membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikro-organisma lain.
Antibiotik biasanya diperoleh ketika sakit dan dengan bertemu dengan doktor. Namun pernahkan kita diingatkan supaya meghabiskan pil antibiotok yang diberikan? Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diingat semasa mengambil antibiotik :
1) Pastikan antibiotik yang diberikan oleh doktor habis kesemuanya kerana tak semua kuman didalam badan mati setelah mengambil antibiotik dalam masa yang singkat. Contohnya dua hari. Kebanyakkan pesakit hanya mengambil antibiotik dalam masa 2 hari.Ini kerana, Dalam masa dua hari bakteria masih aktif.
2) Makan mengikut masa yang ditentukan. Contohnya, antibiotik yang perlu diambil dua kali sehari perlu diambil setiap 12 jam.
3) Sesetengah antibiotik perlu diambil sebelum makan. Ia penting untuk meningkatkan penyerapan antibiotik ke dalam saluran darah. Tambahan pula, ada sesetengah antibiotik yang diambil menyebabkan rasa loya. Oleh itu, ambil sebelum makan adalah , lebih baik. :)
4) Ada sesetengah orang alah dengan antibiotik. Pengambilan antibiotik seperti penisilin boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit. Jadi, segera berjumpa dengan doktor sekiranya alahan antibiotik berlaku kepada anda. :)
5) Kesan lain jika mengambil antibiotik adalah wujd jangkitan kulat yang lain seperti keputihan (kepada wanita sahaja) .
Kegunaan antibiotik pula ialah :
1) Ketika Demam
2) Batuk
3) Jangkitan Kulit
4) Jangkitan saluran kencing
5) Jangkitan darah.
Sampai disini perkongsian kita. Assalamualaikum. bye!
No comments:
Post a Comment