Friday, 31 May 2013

Kekurangan membeli secara langsung vs melalui internet.

Kekurangan membeli secara langsung:

  • Tidak selesa.
    Jika kita cenderung untuk membeli secara langsung sudah pasti kita tidak akan rasa selesa dengan keadaan persekitaran sekeliling kita dimana terdapat ramai orang untuk membeli. Lebih-lebih lagi apabila musim perayaan dan sebagainya.
  • Kos Tinggi.
    Membeli secara langsung akan meningkatkan kos. Kos ini orang ramai tidak perasan atau sedar. Dimana kos tersebut adalah seperti minyak, tol dan sebagainya. 
Kekurangan membeli melalui internet:
  • Pentafsiran kurang tepat.
    Kekurangan dalam membeli melalui internet ini adalah pentafsiran kurang tepat dimana selalunya barang yang ditunjukkan kelihatan masih cantik tetapi pada hakikatnya ianya tidak seperti yang ditunjukkan. Jadi pembeli perlu berhati-hati dalam pembelian melalui internet supaya tidak mudah ditipu.
  • Penggodam maklumat.
    Kebiasaannya membeli melalui internet mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dimana ia cuba untuk mengambil kesempatan keatas pembeli.

pembelian secara langsung vs pembelian melalui internet.

Cara pembelian secara tradisional:

  • pembeli mestilah pergi ke kedai terebut.
  • mereka dapat merasa dan menyentuh barang tersebut.
  • membeli barang yang tepat mengikut citarasa.
  • pelanggan boleh bayar secara tunai atau menggunakan kad kredit.
Cara pembelian melalui internet:
  • Membeli barang atau perkhidmatan hanya menggunakan komputer.
  • gambaran melalui gambar dan maklumat penting
  • menyediakan nasihat,arahan,langkah-langkah keselamatan dan spesifikasi produk.
Kelebihan membeli secara tradisional:
  • Pilihan yang banyak.
    jika kita cenderung untuk membeli secara tradisional kita akan mempunyai banyak pilihan dimana jika kita sediri pergi ke kedai tersebut produk yang disediakan adalah lebih banyak, berlainan jenis, warna dan sebagainya sehingga membuatkan kita rambang mata untuk memilih.

  • Dapat sentuh dan rasa.
    jika kita membeli secara tradisional, produk yang kita inginkan sudah pasti tersedia didepan mata    kita dimana ianya dapat disentuh dan dicuba oleh pelanggan. Ini akan membuatkan pelanggan akan lebih berpuas hati akan produk yang ingin dibeli.

  • Menikmati potongan harga.
    selalunya jika kita pergi ke pasaraya atau butik sudah pasti akan menawarkan potongan harga @diskaun dimana ianya membolehkan kita untuk berjimat. 
Kelebihan membeli melalui internet:
  • Tiada penggunaan tunai.
    dengna membeli melalui internet kita tidak perlu membayar tunai dimana kita boleh membayar dengan menggunakan internet. contohnya maybank2u dan sebagainya.

  • Mudah dan selesa.
    pembelian melalui internet adalah lebih selesa kerana kita boleh membuat pembelian tidak kira masa mahupun tempat. Kebiasaannya kita membuat pembelian dirumah sahaja dan tidak perlu untuk keluar rumah. 











Tuesday, 28 May 2013

tips berhenti merokok.

Sebelum ni saya rasa saya ada post tentang keburukan merokok. Jadi kali ni saya nak bagi tips berhenti merokok. SELAMAT MENCUBA. 


  1. Berdoa bersungguh-sungguh kepada tuhan dan berazam untuk berhenti merokok.
  2. Sebelum bakar rokok, agak-agak kalau rasulullah ada disebelah kita adakah beliau suka akan tindakan kita?? 
  3. Sebelum beli rokok tanya diri saudara kita di Palestin dan Syiria tengah lapar tu tidak ada duit.
  4. Tanya diri, kata hamba yang bersyukur,tak kan nak rosakkan jantung yang Allah beri. 
  5. Berhenti kerana allah bukan kerana temana wanita yang suruh berhenti.
  6. Sebelum beli rokok, ingat! setiap nikmat yang allah bagi akan ditanya di akhirat kelak. Apa nak jawab nanti?? 
  7. Ingat! Asap makanan jin. Takkan nak makan makanan jin.
  8. Dan ingat! Setiap yang memudarat itu haram. Kalau rokok tu memudarat elok berhenti. 


tips temuduga.

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:


Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.


Tips untuk menjawab soalan ini:

1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:

Sample jawapan1
 "Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut".

Sample Jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dgn client, semata-mata nak entertain client tersebut."


2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan pekerjaaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon termuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.

Sample Jawapan:

"Kelemahan diri saya yang utama sekalui -- saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi.... apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran2 dah berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."

Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.

Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tp arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.

Semoga berjaya!!



Sunday, 26 May 2013

5 perkara kamu tak usah buat untuk berjimat

Hye semua. kali ni aku nak bagi tips sikit tentang perkara yang tak usah buat untuk berjimat. Mesti pelik kan bunyi nya. Tapi ini adalah hakikatnya. Antaranya ialah:


  1. Tanam segala jenis sayuran organik dan ternak ayam di balkoni apartment.
    Memanglah menu salad dan daging ayam segar dapat membekalkan khasiat lebih sihat untuk pelan diet kamu, tapi lebih praktikal jika beli keperluan harian ini dari pasaraya dan jika ingin produk yang lebih organik cuba cari pembekal organik dan minta bekalan untuk kamu setiap mingu.

  2. Gunting sendiri rambut anda.
    Jika anda seorang hairstylist jangan sesekali lakukan perkara ini dirumah. Kali terakhir kamu potong rambut sendiri ialah dengan gunakan gunting lipat kecil. Dan akibatnya? Kamu terpaksa pakai cekak kerana potong terlalu pendek.

  3. Beli barangan elektrik dan gajet terpakai.
    Komputer riba, TV, dan telefon pintar sangat sensitif dan sedikit kerosakkan boleh menjejaskannya. Mungkin ia pernah rosak atau jatuh sebelum ini.

  4. Guna sabun cecair mandian untuk syampu rambut.
    Cecair mandian juga boleh digunakan sebagai syampu rambut. Bukan itu saja, malah boleh juga digunakan sebagai pencuci muka.

  5. Beli alatan keselamatan terpakai.
    Memang harga lebih murah tetapi tak kan nak gadaikan keselamatan dengan membeli baby car seat atau topi keledar terpakai semata-mata ia berjenama terkenal. 

bersedekah ..

assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update blog ni. jadi aku rasa untuk kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang sedekah.


Dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan. Hal ini kerana semua fahaman agama yang berbeza mempunyai prinsip amalan nilai murni yang sama. Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, malah ajaran fahaman Confucius dan Taoist juga mengajar penganutnya agar sentiasa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling dengan cara berkasih sayang dan saling membantu. 


Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti lebih peka terhadap kesulitan dan kesusahan dihadapi saudara seagama di seluruh dunia. Apatah lagi apabila diuar-uarkan kisah penderitaan ditanggung saudara seagama sejak lebih 60 tahun lalu, tidak lain tidak bukan, rakyat di bumi Palestin. 

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.

Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Pepatah arab juga ada mengatakan tangan diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Jadi kesimpulannya kita hendaklah mempunyai sifat ingin bersedekah kepada yang memerlukan agar daapt meringankan beban mereka. :)