Sunday, 26 May 2013

5 perkara kamu tak usah buat untuk berjimat

Hye semua. kali ni aku nak bagi tips sikit tentang perkara yang tak usah buat untuk berjimat. Mesti pelik kan bunyi nya. Tapi ini adalah hakikatnya. Antaranya ialah:


  1. Tanam segala jenis sayuran organik dan ternak ayam di balkoni apartment.
    Memanglah menu salad dan daging ayam segar dapat membekalkan khasiat lebih sihat untuk pelan diet kamu, tapi lebih praktikal jika beli keperluan harian ini dari pasaraya dan jika ingin produk yang lebih organik cuba cari pembekal organik dan minta bekalan untuk kamu setiap mingu.

  2. Gunting sendiri rambut anda.
    Jika anda seorang hairstylist jangan sesekali lakukan perkara ini dirumah. Kali terakhir kamu potong rambut sendiri ialah dengan gunakan gunting lipat kecil. Dan akibatnya? Kamu terpaksa pakai cekak kerana potong terlalu pendek.

  3. Beli barangan elektrik dan gajet terpakai.
    Komputer riba, TV, dan telefon pintar sangat sensitif dan sedikit kerosakkan boleh menjejaskannya. Mungkin ia pernah rosak atau jatuh sebelum ini.

  4. Guna sabun cecair mandian untuk syampu rambut.
    Cecair mandian juga boleh digunakan sebagai syampu rambut. Bukan itu saja, malah boleh juga digunakan sebagai pencuci muka.

  5. Beli alatan keselamatan terpakai.
    Memang harga lebih murah tetapi tak kan nak gadaikan keselamatan dengan membeli baby car seat atau topi keledar terpakai semata-mata ia berjenama terkenal. 

No comments:

Post a Comment