Monday, 3 June 2013

5 tips belajar berkesan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas,
masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu
atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca
buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa
bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda
menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha
ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan
hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk
membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan
anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari
sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual
belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada
sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat
terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda
peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai
kegemilangan dalam semua mata pelajaran.



No comments:

Post a Comment