Monday, 3 June 2013

Sarapan Pagi..

Selamat Pagi..

Sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting kerana ia benar- benar akan menyediakan diri anda sepanjang hari. Tidak mengambil sarapan boleh menyebabkan perubahan mood dan perasaan lapar sepanjang hari.

Apabila anda tidak mengambil sarapan, ia akan menghantar mesej ke otak anda, mengatakan bahawa anda tiada makanan dan perlu menyimpan tenaga, badan anda pergi ke mod hibernasi dan semua kalori yang anda makan semalam akan disimpan untuk kegunaan kemudian(disimpan sebagai lemak).Perkara inilah yang anda tidak tahu ketika anda cuba untuk menurunkan berat badan.

Sebaik-baiknya semasa sarapan pagi cuba elakkan pengambilan gula yang terlalu tiggi, makanan yang tinggi gulanya memberikan anda tenaga segera tetapi membuatkan anda berasa cepat lapar.

Sebaiknya pilihlah makanan yang rendah gula dan membebaskan tenaga secara perlahan-lahan, ianya memastikan anda terus bertenaga dan tidak mendapat lapar serta merta. Contoh sarapan pagi yang baik ialah sandwich, telir rebus dan bubur.


No comments:

Post a Comment