Wednesday, 24 April 2013

DIET LINDUNGI TULANG

Bertambahnya usia membuat tulang semakin nipis dan risiko osteoporosis pun meningkat. Apabila tulang tumbuh dengan sempurna, tubuh kamu juga akan menjadi lebih tinggi serta kuat. Jadi, bagi memastikan tulang anda sentiasa tumpat penuh dengan kalsium serta fosforus, aku kongsikan beberapa makanan utama yang boleh membantu menguatkan tulang buat harian anda.

1) SUSU
Kalsium adalah asas tulang yang kuat, jadi warga belia memerlukan 1,000 miligram susu sehari, manakala indivudu yang berusia 5o tahun dan keatas memerlukan 1,200 miligram susu sehari. Oleh itu, disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. Selagi mampu untuk mengikut cara pemakanan yang sihat, sebaiknya elak pengambilan pil kalsium kerana pengambilan pil kalsium secara berlebihan mungkin mengalami keracunan tanpa disedari.

2) KEKACANG
Selain susu, kacang juga boleh meningkatkan kesihatan tulang dalam beberapa cara. Badam, pistachios, dan biji bunga matahari mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Kekacang jenis walnut dan flaxseed juga baik untuk meningkatkan ketahanan tulang kerana ia mengandungi asid lemak Omega-3. Manakala badam pula mengandungi potassium yang mampu melindungi terhadap kehilangan kalsium dalam urin. Kacang juga mengandungi protien dan lain-lain nutrien yang menyokong dalam pembinaan tulang sihat yang kuat.

3)IKAN SARDIN.
Satu lagi sumber yang sangat baik bagi miliki tulang yang kuat ialah ikan sardin. Kebanyakkan ikan yang kurang mempunyai tulang adalah cukup ideal untuk memenuhi sumber kalsium dalam tubuh kita. Dengan menikmati sebanyak tiga auns tin ikan sardin, kamu mampu memiliki kalsium yang lebih banyak berbanding secawan susu. 

Menurut HEALTHCOMMUNITIES, Jeri Nieves, Ph.D., ahli kesihatan daripada National Osteoporosis Foundation (NOF) diet yang seimbang dapat melambatkan proses pereputan tulang. Selamat mencuba.! :)




susu, kekacang dan iakn sardin yang mampu lindungi tulang.


Kebaikan Pisang Masak.

Post kali ni nk kongsi pasal buah-buahan tempatan iaitu pisang. Keenakkan pisang memang tidak dapat disangkal lagi, malah ia turut dikenali sebagai antara buah yang paling digemari sebagai pembuka selera sarapan pagi. Jadi, ak nk kongsi sikit pasal kebaikan buah piasang. Mesti ramai yang tidak mengetahui akan kebaikan buah pisang. Namun adakah anda tahu semakin ranumnya pisang tersebut ia menghasilkan Tumor Necrosis Factor(TNF) yang mampu meneutralkan kembali sel abnormal yang terkandung dalam badan manusia berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh Japanese Scientific Reasearch.

Semakin gelap warna keranuman kulit pisang tersebut, semakin tinggi kadar TNF yang mampu menghalang sel kanser daripada aktif. Lebih menarik pisang yang berwarna kuning serta mempunyai tanda hitam diatasnya adalah lapan kali lebih efektif menstabilkan kadar darah putih dalam tubuh kita berbanding dengan piasang yang berwarna hijau. 



Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Alhamdulillah syukur kpd tuhan krn kita masih lagi diberikan kesihatan untk meneruskan kehidupan. Jadi post kali ni aku nak post pasal tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai "silent killer" kerana ia tidak memberi apa-apa tanda seperti sakit gigi mahupun sakit pinggang. Sekiranya lewat menerima rawatan ia boleh mendatangkan maut.

JENIS2 DARAH TINGGI.

1) HIPERTENSI PRIMER

  • Sejarah darah tinggi didalam keluarga.
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
  • Merokok
  • Tekanan hidup yang melampau
2) HIPERTENSI SEKUNDER

  • Penyakit2 ginjal
  • Penyakit2 endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran 
TANDA-TANDA
Penyakit darah tinggi sukar dikesan sehinggalah berlakunya kompilasi seperti:
  • Tekanan distolik melebihi 90mmHg
  • Bengkak pada pergelangan kaki dan jari.
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur.
  • Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku
  • Sakit kepala yang berterusan.
KOMPLIKASI.
Memandangkan ia dirujuk sebagai pembuhun senyap, darah tinggi boleh membawa komplikasi seperti:
  • Strok- apabila salur darah ke otak tersekat,bocor atau pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya.
  • Kerosakan ginjal.
  • Kerosakan mata
PENCEGAHAN.
  • Makanan yang tinggi lemak dan garam
  • Makanan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
  • Merokok
  • Minuman alkohol
  • Kurang senaman
  • Kerisauan 
  • Perasaan takut berbincang dengan doktor.









Tuesday, 23 April 2013

Kelebihan sayur dan buah warna ungu

Post kali ni aku nak bagi info kesihatan pasal kelebihan sayur dan buah warna ungu. Warna makanan sebenarnya mempunyai perbezaan kandungan nutrisi. Misalnya warna oren dikaitkan dengan nutrisi vitamin C. Tapi bagaimana pula dengan buah warna ungu?

1) Warna ungu pada buah dan sayuran menandakan jumlah antioksiden yang tinggi. Ia merupakan awet muda dan membantu mencegah kerosakan sel. 

2) Menurut kajian dari National Health And Nutrition Examination Study (NHANES), mengambil buah-buahan berwarna ungu secara berlebihan akan menambahkan berat badan kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.

3) Meskipun ada yang menyatakan buah-buahan yang berwarna ungu dikaitkan dengan kegemukan, namun buah-buahan ini memiliki manfaat untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta tahap kolesterol kerana kandungan anthocyanin yang dimiliki.

4) Selain itu, warna ungu pada buah dan sayur turut bermanfaat untuk mengurangkan tahap kanser.

5) Buah dan sayur yang berwarna ungu adalah seperti terung, anggur, plum, ceri gelap, kubis ungu, beri hitam dan kismis.

Untuk memperoleh khasiat yang lebih banyak, campurkan buah-buahan warna ungu dengan buah-buahan berwarna oren bagi mendapatkan nutrisi yang lebih. Bahan-bahan seperti oren, lobak merah, batang saderi dan ketulan ais dikisar bersama jus anggu. Kemudian ambil kismis dan cip coklat untuk ditabur bersama ais. Cubalah! Sekian!



   buah dan sayur yang berwarna ungu. 

Tips Kempis Perut Tanpa Senaman..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ni aku nak post pasal tips untuk mendapatkan perut yang kempis tanpa senaman. Mesti rasa pelik dan tak pernah dengarkan. Jadi, selain melakukan senaman terdapat juga beberapa tips berguna yang boleh diamalkan bagi mendapatkan perut kempis yang cantik dan menarik. Antaranya ialah :

1) Minuman sejuk
Elak mengambil minuman sejuk dengan kerap kerana ia melambatkan penghadaman. Pengambilan minuman sejuk setelah makan menyebabkan pembekuan makanan berminyak, sekaligus bertukar menjadi lemak yang tak sihat.

2) Baring.
Selepas makan ada baiknya anda duduk untuk beberapa minit atau lebih baik setengah jam bagi membantu makanan yang diambil terhadam dengan sempurna.

3) Snek.
Tahukah anda bahawa snek ringan seperti keropok, kentang goreng mahupun makanan segera mengandungi lebih banyak kandungan garam. Jika dibiarkan, pengambilan yang kerap akan menyebabkan berlakunya masalah obesiti tanpa disedari. 

4) Aturan.
Meskipun ia datangnya daripada nasihat mahupun petua orang-orang dulu, tetapi ada benarnya bahawa elak minum air sambil makan. Kalau boleh, minum selepas setengah jam mengambil makanan.

5) Losen.
Terdapat pelbagai jenis losen yang mampu membakar lemak terutama dibahagian perut yang buncit. Tetapi kenalah betul-betul mengikut peraturannya. Paling penting rajin menyapunya setiap hari sebelum tidur.

6) Air Kosong. 
Banyakkan meminum air kosong untuk membuang segala toksin jahat yang terperangkap di dalam tubuh badan. Air kosong membantu menyingkirkan lemak, sekaligus membuatkan tubuh badan langsing. 

7) Straw. 
Ikut kaedah orang jepun meniup sebatang straw untuk mengempiskan perut. Caranya mudah, tiup straw dalam-dalam dengan kuat selama lima saat. Lakukan selama tiga minit sehari. Ia boleh dilakukan dimana sahaja walaupun sedang melakukan rutin harian.

8) Minuman Bergas. 
Minuman bergas bukan saja mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesuim tetapi mengandungi banyak kandungan gula yang boleh menyebabkan kegemukan. Jadi jangan mengambil minuman yang bergas. 




 memperbanyakkan minum air kosong



 kurangkan pengambilan minuman sejuk dan bergas.




    

Masam Tapi Berkhasiat

Limau nipis memanglah rasanya agak masam tetapi disebalik rasanya yang boleh mengerutkan wajah ia mempunyai banyak khasiat untuk menjaga kecantikan. Antaranya ialah : 

1) Sebiji limau nipis yang dah dibelah boleh dioleskan pada tanpa was-was sehingga kering kerana ia boleh mem

bersihkan serta menghaluskan wajah, mencegah jerawat dan mengecilkan pori-pori kulit.

2) Dengan merendam kaki kedalam air panas yang dicampurkan perahan limau nipis mampu melegakan ketegangan di pergelangan kaki. 

3) Limau nipis juga mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit, lebih-lebih lagi dikawasan siku dan tumit kaki. 

4) Jika inginkan bibir merah, sapu dengan limau nipis yang dah dibelah. Biarkan seketika dan bibir akan menjadi merah menawan.

5) Menggosok kulit kepala dengan limau nipis mampu menghilangkan kelemumur dengan berkesan.

6) Perahan jus limau nipis yang dicampurkan kedalam air panas atau teh hijau mampu membantu menahan rasa lapar serta melangsingkan tubuh badan. 

7) Limau nipis juga mampu mengempiskan perut yang buncit. Caranya dengan mencampurkan kapur sirih. minyak kayu putih dan jus limau nipis. Kemudian disapu pada perut dan pinggang. Setelah kering barulah dipakaikan bengkung.

8) Perahan limau nipis boleh membantutkan lemak yang terdapat pada makanan. Caranya, perahkan limau nipis terlebih dulu pada daging, ayam, kek keju atau makanan yang tinggi lemaknya.


                                          merendamkan kaki kedalam perahan limau nipis. 

                                                       limau nipis




Wednesday, 3 April 2013

APA ITU ANTIBIOTIK??

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA. Pada kali ni ak nak kongsi sedikit dengan korang tentang antibiotik. Antibiotik adalah bahan yang dihasilkan dripada bakteria, kulat dan seangkatan dengannya yang bertindak membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikro-organisma lain. 

Antibiotik biasanya diperoleh ketika sakit dan dengan bertemu dengan doktor. Namun pernahkan kita diingatkan supaya meghabiskan pil antibiotok yang diberikan? Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diingat semasa mengambil antibiotik :

1) Pastikan antibiotik yang diberikan oleh doktor habis kesemuanya kerana tak semua kuman didalam badan mati setelah mengambil antibiotik dalam masa yang singkat. Contohnya dua hari. Kebanyakkan pesakit hanya mengambil antibiotik dalam masa 2 hari.Ini kerana, Dalam masa dua hari bakteria masih aktif.

2) Makan mengikut masa yang ditentukan. Contohnya, antibiotik yang perlu diambil dua kali sehari perlu diambil setiap 12 jam. 

3) Sesetengah antibiotik perlu diambil sebelum makan. Ia penting untuk meningkatkan penyerapan antibiotik ke dalam saluran darah. Tambahan pula, ada sesetengah antibiotik yang diambil menyebabkan rasa loya. Oleh itu, ambil sebelum makan adalah , lebih baik. :) 

4) Ada sesetengah orang alah dengan antibiotik. Pengambilan antibiotik seperti penisilin boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit. Jadi, segera berjumpa dengan doktor sekiranya alahan antibiotik berlaku kepada anda. :)

5) Kesan lain jika mengambil antibiotik adalah wujd jangkitan kulat yang lain seperti keputihan (kepada wanita sahaja) . 
Kegunaan antibiotik pula ialah :

1) Ketika Demam
2) Batuk
3) Jangkitan Kulit
4) Jangkitan saluran kencing
5) Jangkitan darah. 


Sampai disini perkongsian kita. Assalamualaikum. bye!