Tuesday, 23 April 2013

Masam Tapi Berkhasiat

Limau nipis memanglah rasanya agak masam tetapi disebalik rasanya yang boleh mengerutkan wajah ia mempunyai banyak khasiat untuk menjaga kecantikan. Antaranya ialah : 

1) Sebiji limau nipis yang dah dibelah boleh dioleskan pada tanpa was-was sehingga kering kerana ia boleh mem

bersihkan serta menghaluskan wajah, mencegah jerawat dan mengecilkan pori-pori kulit.

2) Dengan merendam kaki kedalam air panas yang dicampurkan perahan limau nipis mampu melegakan ketegangan di pergelangan kaki. 

3) Limau nipis juga mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit, lebih-lebih lagi dikawasan siku dan tumit kaki. 

4) Jika inginkan bibir merah, sapu dengan limau nipis yang dah dibelah. Biarkan seketika dan bibir akan menjadi merah menawan.

5) Menggosok kulit kepala dengan limau nipis mampu menghilangkan kelemumur dengan berkesan.

6) Perahan jus limau nipis yang dicampurkan kedalam air panas atau teh hijau mampu membantu menahan rasa lapar serta melangsingkan tubuh badan. 

7) Limau nipis juga mampu mengempiskan perut yang buncit. Caranya dengan mencampurkan kapur sirih. minyak kayu putih dan jus limau nipis. Kemudian disapu pada perut dan pinggang. Setelah kering barulah dipakaikan bengkung.

8) Perahan limau nipis boleh membantutkan lemak yang terdapat pada makanan. Caranya, perahkan limau nipis terlebih dulu pada daging, ayam, kek keju atau makanan yang tinggi lemaknya.


                                          merendamkan kaki kedalam perahan limau nipis. 

                                                       limau nipis




No comments:

Post a Comment