Tuesday, 23 April 2013

Tips Kempis Perut Tanpa Senaman..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ni aku nak post pasal tips untuk mendapatkan perut yang kempis tanpa senaman. Mesti rasa pelik dan tak pernah dengarkan. Jadi, selain melakukan senaman terdapat juga beberapa tips berguna yang boleh diamalkan bagi mendapatkan perut kempis yang cantik dan menarik. Antaranya ialah :

1) Minuman sejuk
Elak mengambil minuman sejuk dengan kerap kerana ia melambatkan penghadaman. Pengambilan minuman sejuk setelah makan menyebabkan pembekuan makanan berminyak, sekaligus bertukar menjadi lemak yang tak sihat.

2) Baring.
Selepas makan ada baiknya anda duduk untuk beberapa minit atau lebih baik setengah jam bagi membantu makanan yang diambil terhadam dengan sempurna.

3) Snek.
Tahukah anda bahawa snek ringan seperti keropok, kentang goreng mahupun makanan segera mengandungi lebih banyak kandungan garam. Jika dibiarkan, pengambilan yang kerap akan menyebabkan berlakunya masalah obesiti tanpa disedari. 

4) Aturan.
Meskipun ia datangnya daripada nasihat mahupun petua orang-orang dulu, tetapi ada benarnya bahawa elak minum air sambil makan. Kalau boleh, minum selepas setengah jam mengambil makanan.

5) Losen.
Terdapat pelbagai jenis losen yang mampu membakar lemak terutama dibahagian perut yang buncit. Tetapi kenalah betul-betul mengikut peraturannya. Paling penting rajin menyapunya setiap hari sebelum tidur.

6) Air Kosong. 
Banyakkan meminum air kosong untuk membuang segala toksin jahat yang terperangkap di dalam tubuh badan. Air kosong membantu menyingkirkan lemak, sekaligus membuatkan tubuh badan langsing. 

7) Straw. 
Ikut kaedah orang jepun meniup sebatang straw untuk mengempiskan perut. Caranya mudah, tiup straw dalam-dalam dengan kuat selama lima saat. Lakukan selama tiga minit sehari. Ia boleh dilakukan dimana sahaja walaupun sedang melakukan rutin harian.

8) Minuman Bergas. 
Minuman bergas bukan saja mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesuim tetapi mengandungi banyak kandungan gula yang boleh menyebabkan kegemukan. Jadi jangan mengambil minuman yang bergas. 




 memperbanyakkan minum air kosong



 kurangkan pengambilan minuman sejuk dan bergas.




    

No comments:

Post a Comment