Alhamdulillah syukur kpd tuhan krn kita masih lagi diberikan kesihatan untk meneruskan kehidupan. Jadi post kali ni aku nak post pasal tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai "silent killer" kerana ia tidak memberi apa-apa tanda seperti sakit gigi mahupun sakit pinggang. Sekiranya lewat menerima rawatan ia boleh mendatangkan maut.
JENIS2 DARAH TINGGI.
1) HIPERTENSI PRIMER
- Sejarah darah tinggi didalam keluarga.
- Kegemukan
- Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
- Merokok
- Tekanan hidup yang melampau
2) HIPERTENSI SEKUNDER
- Penyakit2 ginjal
- Penyakit2 endokrin
- Disebabkan ubat
- Kecacatan kelahiran
TANDA-TANDA
Penyakit darah tinggi sukar dikesan sehinggalah berlakunya kompilasi seperti:
- Tekanan distolik melebihi 90mmHg
- Bengkak pada pergelangan kaki dan jari.
- Tercungap-cungap
- Pandangan yang kabur.
- Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku
- Sakit kepala yang berterusan.
KOMPLIKASI.
Memandangkan ia dirujuk sebagai pembuhun senyap, darah tinggi boleh membawa komplikasi seperti:
- Strok- apabila salur darah ke otak tersekat,bocor atau pecah
- Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya.
- Kerosakan ginjal.
- Kerosakan mata
- Makanan yang tinggi lemak dan garam
- Makanan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
- Merokok
- Minuman alkohol
- Kurang senaman
- Kerisauan
- Perasaan takut berbincang dengan doktor.
No comments:
Post a Comment